Pameran KDB di UNIMAP FESTKON
22 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 16 hingga 21 September 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah menyertai pameran "Klik Dengan Bijak" yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pameran ini dijalankan di UNIMAP bersempena dengan Festival Konvokesyen yang berlangsung selama 6 hari. Tujuan pameran ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan salah laku siber atau jenayah siber yang semakin menular dan bagaimana untuk mengatasinya. Pengetahuan berkenaan klik dengan bijak ini mampu untuk mendidik pelajar agar lebih bertanggungjawab dan berwaspada ketika menggunakan teknologi justeru menjamin keselamatan pelajar dari salah laku siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: